19 Jun 2011

RIVER RANGER SK KUALA MERAH

Program sehari bersama pelajar SK Kuala Merah telah diadakan pada 16 Jun 2011 di padang SK Kuala Merah. Para pelajar hanya diberi taklimat tentang kepentingan sungai, kajian kualiti air secara bio indikator dan kimia. Ujikaji lapangan tidak dapat dijalankan kerana sungai berdekatan merupakan sungai yang dalam dan lebar serta tidak sesuai untuk keselamatan pelajar sekolah rendah.