05 Julai 2011

Melontar 'mud-ball' bersama river ranger IPGKSAH

Program ini diadakan di Kg. Raja Sungai Petani.


Bergambar sebelum memulakan aktiviti.


Riverranger menjalankan ujian kualiti air secara kimia sebelum  melontar 'mud-ball'.


Sebahagian 'mud-ball' yang dibuat oleh Kelab Pencinta Alam IPG KSAH.


Dr. Madzniyah memulakan acara balingan.



BAling 'mud-ball' dengan gaya tersendiri.

Bekerjasama membaling 'mud-ball' yang hancur ke dalam sungai.

28 Jun 2011

Program Rakan Muda Alam Sekitar

Program ini telah diadakan di Bendang Man, Sik.


Peserta mendengar taklimat oleh pegawai JPS Kedah.

Para peserta juga diberi peluang menjawab soalan yang dikemukakan.


Pn. Hjh. Rosimah sedang menyampaikan taklimat Sungai dan kepentingannya.

26 Jun 2011

Program Pemulihan Sungai Sungai Petani bersama Persatuan Pemancing Daerah Kuala Muda

JPS Kedah dengan kerjasama JMOF Marketing telah memberi tunjuk ajar kepada Persatuan Pemancing Kuala Muda untuk membuat 'mud-ball'.


Peserta sedang melihat cara-cara menggaul tanah bercampur EM.

Inilah rupa 'mud-ball', selepas ini Persatuan Pemancing akan menjalankan aktiviti ini secara berterusan di kawasan jeti persatuan.

Kesedaran Alam Sekitar dan Kajian Kualiti Air SMK Bedong

Program ini telah diadakan pada 23 Jun 2011 di Kem Palas Yan.



Peserta mendengar taklimat sebelum mulakan ujikaji.









Air sungai yang jrnih telah menjadi keruh akibat pembangunan tanah yang dijalankan di kawasan berdekatan.

19 Jun 2011

RIVER RANGER SK KUALA MERAH

Program sehari bersama pelajar SK Kuala Merah telah diadakan pada 16 Jun 2011 di padang SK Kuala Merah. Para pelajar hanya diberi taklimat tentang kepentingan sungai, kajian kualiti air secara bio indikator dan kimia. Ujikaji lapangan tidak dapat dijalankan kerana sungai berdekatan merupakan sungai yang dalam dan lebar serta tidak sesuai untuk keselamatan pelajar sekolah rendah.

12 April 2011

PROGRAM SEHARI BERSAMA IPGKSAH

Program ini telah diadakan pada 11 April 2011 bertempat di Dewan Bukhary IPGKSAH Sungai Petani. Para pelajar telah diberi taklimat penjagaan sungai oleh Encik Hizaruddin bin Razak, Jurutera Kuala Muda dan didedahkan dengan cara-cara membuat 'mud-ball' oleh JMOF Marketing.
 Ucapan perasmian oleh Pengarah IPGKSAH
Taklimat Kesedaran Penjagaan Sungai oleh Jurutera Kuala Muda


Taklimat pengurusan sisa makanan oleh JMOF Marketing

15 Mac 2011

PROGRAM SEMPENA RAKAMAN RTM BERSAMA PELAJAR DALAM LEMBANGAN SUNGAI SUNGAI PETANI

Program ini telah diadakan pada 9 Mac 2011 sempena rakaman slot Selamat Pagi Malaysia yang diterbitkan oleh RTM. Program ini bertempat di 'Pusat Informasi Sungai' Sungai Petani.Pelajar-pelajar yang terlibat adalah dari 10 buah sekolah menengah dalam lembangan sungai Sungai Petani dan guru-guru pelatih dari IPGKSAH. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan ujian kualiti air menggunakan kaedah kimia dan biologi. Para pelajar juga dibawa menyusuri Sungai Petani dengan menaiki bot untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan sungai dan alam sekitar.

 Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JPS Kedah Tuan Haji Abd. Qahar bin Osman.
 Para pelajar diberi taklimat tentang ujikaji yang akan dijalankan pada hari tersebut.