31 Mei 2009

Kem Kesedaran Alam Sekitar di SK Kuala Merah


Kem ini telah diadakan pada 17 hingga 19 Mei 2009 bertempat di Padang SK Kuala Merah. Seramai 150 peserta terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6 telah menghadiri kem tersebut. Kajian Kualiti air telah dijalankan pada hari kedua iaitu 18 Mei 2009 dan pegawai JPS Kedah yang telah hadir ialah En Zulkarnain, Pn Sharifah Faizah, Pn Salwa dan En Mohd Affendi.



Fasilitator sedang memberi tunjuk ajar kaedah menjalankan kajian kualiti air.




Para peserta diberi penerangan tentang kajian kualiti alir secara kimia dan biologi oleh Pn Sharifah Faizah.

05 Mei 2009

Kem River Ranger Fasa 2

Kem River Ranger Fasa II adalah lanjutan daripada kem fasa I yang diadakan dibawah Program 'Satu Negeri Satu Sungai'. Terdiri daripada 200 pelajar tingkatan 2 dan 4 dari seluruh Negeri Kedah. Kem ini diadakan pada 24 hingga 26 April 2009 bertempat di Damai Park Merbok.



Peserta bersedia untuk melakukan aktiviti senaman pagi.







Pemenang menerima hadiah yang disampaikan oleh Jurutera Daerah Kuala Muda/Sik/Baling, En. Zainuddin.