17 Disember 2012

Program Rakan Alam Sekitar Gotong-royong 1 Malaysia





Peserta sedang membuat pendaftaran




Program Rakan Alam Sekitar Gotong-royong 1 Malaysia telah diadakan di Kawasan Rekreasi Sungai Bukit Hantu Langkawi denagn dihadiri seramai 80 orang terdiri daripada pelbagai agensi di Daerah Langkawi. Program ini telah diadakan pada 13 Disember 2012 bermula pada 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Pengarah JPS Negeri Kedah, Tn. Hj. Mohd. Abu Bakar bin Othman.
Peserta bergambar sebelum memulakan program gotong-royong


Aturcara program
  • Pendaftaran
  • Ucapan aluan oleh Jurutera Daerah JPS Langkawi
  • Ucapan perasmian oleh Pengarah JPS Kedah
  • Tanam pokok
  • Gotong-royong 

Tn. Pengarah JPS Kedah menanam pokok teduhan.



Antara agensi terlibat :
  • Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
  • Jabatan Alam Sekitar
  • Jabatan Perhutanan
  • Jabatan Perhilitan
  • NGO- Pasukan Jurulatih Alam Sekitar
  • Komuniti penduduk di sekitar Sungai Bukit Hantu
  • SADA
  • Sampah yang dikumpul akan dibawa ke tapak pelupusan
  • PPSPPA