07 Mei 2012

Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Komuniti Persisiran Alor Bakong

Sessi Pendaftaran
Program kesedaran bersama komuniti persisiran Alor Bakong diadakan pada 5 Mei 2012 yang bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti setempat tentang kepentingan menjaga sungai dan persekitarannya. Pada 2 Mei 2012 peraduan mewarna bagi pelajar sekolah rendah (pra-sekolah, tahap 1 dan tahap 2) dan peraduan mengarang essei bagi pelajar sekolah menengah telah diadakan dan hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Pengarah JPS Kedah pada majlis penutup. Sebanyak 3 buah sekolah iaitu SMK Agama Kedah, SMK Mergong dan SK Seri Perdana telah mengambil bahagian dalam peraduan tersebut. Pada majlis gotong-royong seramai 200 pelajar dari SMK Agama Kedah, 70 pelajar SMK Mergong, 50 pelajar SK Seri Perdana beserta guru-guru pengiring, 50 pegawai agensi kerajaan dan swasta dan 60 penduduk kampung telah mengambil bahagian. Program ini adalah anjuran JPS Kedah bersama JPN, JAS, MBAS, LSANK, E-Idaman dan AJK Kg Padang Perak. MBAS juga telah menyediakan pokok-pokok teduhan dan pokok hiasan untuk di tanam di tebing sungai.
Kaunter pendaftaran sesak pada sessi pendaftaran SMKAK, SMK Mergong dan SK Seri Perdana

Taklimat oleh Timbalan Pengarah II

Sessi menanam pokok oleh TP II


Penduduk kampung membina landskap di tepi Alor Bakong berhampiran surau


Perasmian penutup oleh Pengarah JPS Kedah

Bergambar beramai-ramai