22 September 2008

Hari Pemantauan Kualiti Air Sedunia Tahun 2008



Para Pelajar melawat Loji Rawatan Air dan Tapak Pelupusan Sampah.







Hari Pemantauan Kualiti Air Sedunia Tahun 2008 telah dirasmikan pada 18 September 2008 bertempat di SMK Teloi Kanan. Seterusnya satu kem kajian kualiti air telah diadakan di Kem Pertahanan Awam Baling. Sebanyak 35 buah sekolah di Daerah Baling dan Sik telah menyertai kem tersebut. Kajian kualiti air secara kimia dan biodiversiti telah dibuat di Gua Gendang dan Tasik Kroh. Para Pelajar juga telah diberi pendedahan tentang keadaan sungai dan alam sekitar melalui program 'Larian Sungai' sejauh 3 km sepanjang Sungai Ketil.





Kajian kualiti air yang dijalankan di Gua Gendang dan Tasik Kroh.
Larian Sungai

15 Ogos 2008

KEM RIVER RANGER FASA 1




Kem kesedaran ini telah diadakan di Damai Park Resort Merbok pada 12 hingga 14 Ogos 2008. Objektif program ini ialah:

- Untuk mewujudkan 'smart-partnership' antara JPS dan JPN.
- Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan menjaga alam sekitar.

- Memupuk rasa tanggungjawab yang berterusan kepada para pelajar yang dilantik sebagai 'River Ranger' menerusi program 'One State One River'.
- Peserta yang terlibat dalam fasa 1 akan dilantik sebagai fasalitator kepada rakan sebaya dalam program fasa 2 nanti.




Aktiviti yang telah dijalankan :

- Para pelajar telah dibawa ke Sungai Sungai Petani dimana terdapat banyak punca-punca pencemaran yang terdapat di sepanjang sungai tersebut.

- Kajian kualiti air telah dijalankan bagi mengenal pasti kualiti air Sungai Petani.

- Para pelajar juga dibawa melawat hulu sungai yang bersih dan kajian kualiti air juga telah dijalankan supaya pelajar dapat membezakan antara kedua-dua kawasan sungai.