15 Mac 2011

PROGRAM SEMPENA RAKAMAN RTM BERSAMA PELAJAR DALAM LEMBANGAN SUNGAI SUNGAI PETANI

Program ini telah diadakan pada 9 Mac 2011 sempena rakaman slot Selamat Pagi Malaysia yang diterbitkan oleh RTM. Program ini bertempat di 'Pusat Informasi Sungai' Sungai Petani.Pelajar-pelajar yang terlibat adalah dari 10 buah sekolah menengah dalam lembangan sungai Sungai Petani dan guru-guru pelatih dari IPGKSAH. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan ujian kualiti air menggunakan kaedah kimia dan biologi. Para pelajar juga dibawa menyusuri Sungai Petani dengan menaiki bot untuk meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan sungai dan alam sekitar.

 Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JPS Kedah Tuan Haji Abd. Qahar bin Osman.
 Para pelajar diberi taklimat tentang ujikaji yang akan dijalankan pada hari tersebut.