|
Sebahagian dari barisan pegawai yang terlibat |
Satu lagi program Kem Kesedaran Alam Sekitar telah dijalankan pada 22 September 2010 bertempat di River Care Centre, Sungai Petani, Kedah. Program ini melibatkan kira-kira 100 orang pelajar dari 10 buah sekolah serta 2 orang guru pengiring bagi setiap sekolah di dalam lembangan sungai Sungai Petani. Sekolah yang terlibat ialah:
- SMK Convent Father Barre
SMK Merbok
- SMK Sungai Layar
- SMK Mother Theresa
- SMK Bandar Sungai Petani
- SMK Taman Ria Jaya
- SMK Che Tom
- SMK Dato' Bijaya Setia
- SMK Khir Johari
- SM Sains Sultan Mohamad Jiwa
Program bermula dengan pendaftaran para peserta program. Seterusnya perasmian oleh Hj Zainalfikry Hj Daud, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan), JPS Kedah. Turut hadir ialah Jurutera Daerah JPS Kuala Muda/Sik/Baling, Encik Zainuddin Yusof dan Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, Encik Soef bin Ismail serta beberapa wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Hutan dan PERHILITAN Negeri Kedah selaku fasilitator program ini.
|
Tuan Hj. Zainalfikry sedang menyampaikan ucapan dan merasmikan majlis |
|
Pn Rosimah Ismail menyampaikan taklimat berkenaan program 1 Negeri 1 Sungai |
|
En Sharipudin menyampaikan taklimat berkaitan kualiti air. |
Kira-kira pukul 11 pagi, program diteruskan dengan kajian kualiti air secara kimia dan bio-indikator. Taklimat kajian kualti air secara kimia dan bio-indikator disampaikan oleh Cikgu Ganesan sebelum para pelajar melakukan aktiviti secara praktikal. Kajian kualiti air secara kimia dijalankan dengan menggunakan 'Monitoring Kit' manakala kajian secara bio-indikator dijalankan dengan mengenalpasti sampel mikro-invertebrata. Selepas kajian kualiti air dijalankan, para peserta dibawa menyusuri sungai dengan menaiki bot. Para peserta kemudiannya berkumpul disepanjang sungai bagi acara membaling mudball ke dalam sungai.
|
Taklimat kajian kualiti air sedang disampaikan oleh Cikgu Ganesan |
|
Setiap bot memuatkan 10 orang bersama seorang fasilitator bagi menerangkan keadaan persekitaran sungai. |
|
JPAM yang sentiasa bersedia sepanjang program bagi memastikan keselamatan para peserta. |
|
Para peserta yang bersedia untuk menyusuri Sungai Sg. Petani. |
|
Para peserta sedang menjalankan kajian kualiti air secara kimia |