27 Oktober 2010

Program Kesedaran Alam Sekitar dan Kajian Kualiti Air bersama Komuniti & Pelajar AIMST di Kem Kenari, Yan

Program Kesedaran Alam Sekitar dan Kajian Kualiti Air telah dijalankan pada 22 Oktober 2010 iaitu pada hari Jumaat. Program kali ini bertempat di Kem Kenari, Yan dan melibatkan seramai 31 orang pelajar AIMST bersama 2 orang guru pengiring.

En Sharipudin dari JAS Kedah sedang menyampaikan taklimat

En Shafeez, wakil dari JPS Kedah sedang menyampaikan taklimat
Para peserta sedang mendengar taklimat
Program dimulakan dengan pendaftaran para peserta pada jam 8.30 pagi dimana para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan pelajar akan dibantu oleh seorang fasilitator. Program diteruskan dengan penyampaian taklimat oleh JAS dan JPS Kedah. Pelajar kemudiannya dibawa ke sungai untuk kajian lapangan kualiti air secara kimia dan petunjuk biologi.
 
Para peserta sedang menjalani aktiviti lapangan di sungai
Aktiviti lapangan : kajian kualiti air secara kimia
Selepas kajian lapangan berlangsung, para peserta diminta untuk berkumpul semula didalam dewan untuk aktiviti berkumpulan. Dalam aktiviti berkumpulan, para peserta diminta untuk melakukan perbincangan bagi menyelesaikan masalah yang telah diberi serta mengkaji hasil kajian kualiti air yang telah diperolehi. Setelah itu, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan dan kajian kualiti air.  


Aktiviti berkumpulan : perbincangan dan perbentangan hasil kajian

Penyampaian cenderamata dari AIMST kepada JPS Kedah

Penyampaian cederamata daripada JPS kepada AIMST

Satu majlis penutup dan penyampaian cenderamata diantara JPS, JAS dan AIMST berlangsung menandakan tamatnya program pada hari tersebut. Para peserta bersurai pada jam 12.30 tgh hari.