Program ini telah berlangsung pada 12 Oktober 2010 bertempat di SJK (C) Keat Hwa (S), Alor Setar. Seramai 80 orang pelajar terlibat dalam program kesedaran ini.
Sesi pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi dan bertempat di dewan sekolah. Para pelajar telah dibahagikan kepada 8 kumpulan dimana setiap satunya telah di beri seorang fasilitator dari JPS Kedah dan JPS Daerah Kota Setar/Pendang Yan. Program dimulakan dengan sedikit taklimat kemudian pertandingan mewarna yang mengambil masa selama 1 jam.
|
Sesi pendaftaran peserta |
|
En Sharipudin menyampaikan sedikit taklimat sebelum pertandingan mewarna dimulakan. |
|
Pertandingan mewarna sedang berlangsung |
|
Panel penilai menilai hasil pertandingan mewarna |
Program diteruskan dengan sesi ceramah oleh JPS Kedah dan JAS Kedah yang masing-masing mengambil masa selama 30minit. Program berhenti untuk minum pagi sebelum bersambung dengan dua lagi taklimat oleh A&A Lab berkaitan projek rumah bakteria yang sedang dijalankan di Sungai Raja serta taklimat kajian kualiti air.
|
Para peserta berkumpul di dewan untuk program seterusnya. |
|
Taklimat "Air dan Kepentingannya" oleh JPS Kedah |
|
Taklimat Kualiti Air Sungai oleh JAS Kedah |
Selepas taklimat kajian kualiti air disampaikan, para peserta di bawa ke Sungai Raja untuk menjalankan aktiviti lapangan secara berkumpulan. Para peserta didedahkan dengan teknik persampelan air sungai secara 'grab sampling' oleh Unit Hidrologi JPS Kedah sebelum menjalankan kajian kualiti air secara petunjuk kimia. Mereka juga didedahkan dengan teknik mengambil bacaan secara terus menggunakan alat pengukur kualiti air. Aktiviti lapangan diakhiri dengan upacara menuang larutan EM secara beramai-ramai ke dalam Sungai Raja.
|
Sesi penerangan ringkas aktiviti lapangan kepada para fasilitator |
|
Aktiviti Lapangan - Penerangan bacaan kualiti air Sg Raja Oleh Pegawai JAS |
|
Aktiviti Lapangan – Penerangan teknik persampelan oleh Unit Hidrologi JPS Kedah |
|
Aktiviti Lapangan – Aktiviti persampelan oleh Unit Hidrologi JPS Kedah |
|
Aktiviti Lapangan – Peserta Program melakukan aktiviti persampelan |
|
Aktiviti lapangan - Fasilitator menerangkan teknik ujian kualiti air secara kimia kepada para peserta |
|
Aktiviti lapangan - Fasilitator menerangkan teknik ujian kualiti air secara petunjuk biologi |
|
Aktiviti lapangan - Peserta dibekalkan larutan EM untuk dituang ke dalam Sungai Raja |
|
Aktiviti lapangan - Peserta menuang larutan EM ke dalam sungai |
Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan, Tuan Hj Zainalfikry Hj Daud. Sebelum majlis berakhir, Tuan Haji menyampaikan hadiah pertandingan mewarna kepada para pemenang. Majlis bersurai selepas makan tengah hari.
|
Pemenang ke-3 Pertandingan Mewarna |
|
Pemenang ke-2 Pertandingan Mewarna |
|
Pemenang pertama pertandingan mewarna |
|
Tempat ke-3 |
|
Tempat ke-2 |
|
Tempat pertama |
|
Majlis penutup oleh KPPK JPS Kedah |