Pada 16 Oktober 2010, satu lagi program kesedaran Pengurusan Sumber Air Bersepadu bagi Sungai Raja telah diadakan. Program kali ini melibatkan 47 orang peserta bersama 8 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Alor Setar.
Sesi pendaftaran bermula pada jam 8 pagi dan para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan yang setiap satunya di bantu oleh seorang fasilitator dari JPS Kedah.
Pertandingan mewarna sedang berjalan. |
Sedikit taklimat ringkas tentang program disampaikan sebelum pertandingan mewarna dimulakan. Hanya 1 jam diperuntukkan bagi pertandingan ini dan para peserta kemudiannya dibawa berkumpul di dalam Bilik Media SMKSM untuk taklimat dari jabatan.
Para peserta sedang mendengar taklimat |
Taklimat oleh pegawai JPS Kedah, En Zulkarnain |
Taklimat oleh pegawai JAS Kedah, En Sharipudin |
Selepas minum pagi, para peserta sekali lagi berkumpul di dalam Bilik Media untuk mendengar dua lagi taklimat iaitu taklimat dari A&A Lab, UiTM berkenaan kualiti air dan seterusnya taklimat kajian kualiti air oleh JPS. Para peserta kemudiannya dibawa ke Alor Derga untuk menjalankan kajian lapangan.
Taklimat kajian kualiti air oleh A&A Lab, Cik Norhayati |
Taklimat kajian kualiti air oleh wakil JPS, En Nasyarul |
Aktiviti di lapangan dimulakan dengan penerangan teknik persampelan oleh Unit Hidrologi JPS Kedah. Para peserta kemudiannya diberi peluang untuk melakukan sendiri persampelan secara berkumpulan. Aktiviti diteruskan dengan penerangan tentang teknik mengambil bacaan kualiti air sungai oleh wakil JAS Kedah.
Aktiviti lapangan : Kajian kualiti air secara kimia dan petunjuk biologi |
Setelah aktiviti lapangan selesai, para peserta berkumpul semula di Bilik Media bagi melakukan perbincangan bagi hasil kajian yang telah dijalankan. Setiap wakil dari kumpulan kemudiannya diminta untuk mempersembahkan hasil kajian.
Sebahagian dari pemenang pertandingan mewarna
Penyampaian cenderamata oleh pihak sekolah kepada JPS, JAS dan A&A UiTM |
Penyampaian cenderamata daripada JPS Kedah kepada pihak sekolah |
Program diakhiri dengan satu majlis penutup yang turut disertai oleh Pengetua SMK St Michael. Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna disampaikan dalam majlis tersebut. Pihak sekolah juga merakamkan penghargaan kepada JPS, JAS serta A&A Lab dengan sedikit penyampaian cenderamata. Program tamat pada pukul 1 tengah hari.