Program Kesedaran Dan Pemantauan Kualiti Air Sungai Raja Bersama Sekolah Menengah Agama Kedah, Alor Star.
Alor Star, 20 Oktober 2010 - Satu program kesedaran terhadap pengurusan sumber dan kualiti air di Sungai Raja telah dijalankan pada hari rabu. Seramai 124 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Kedah bersama 8 guru pengiring telah menyertai program ini.
Pendaftaran para peserta dimulakan seawal jam 8.00 pagi di Sekolah Menengah Agama Kedah dimana setiap pelajar perlu mengisi borang pendaftaran. Setalah taklimat ringkas diberikan, acara pertandingan mewarna diteruskan dimana para pelajar diperuntukkan selama 1 jam bagi menyiapkan lukisan yang telah diberikan.
Sesi Pendaftaran |
Pertandingan Mewarna |
Pelajar kemudian dibawa menaiki bas ke Rumah Pam Sungai Raja untuk sesi ceramah dan kajian kualiti air menggunakan Monitoring Kit.
Rumah Pam Sungai Raja |
Pelajar Berkumpul Mengikut Kumpulan |
Beberapa taklimat disampaikan oleh Unit Hidrologi JPS Kedah, Unit Pembangunan JPS Kedah, Jabatan Alam Sekitar dan A&A Lab. Pendedahan tentang kepentingan sungai, kesan kualiti air akibat pencemaran, langkah - langkah yang sedang diambil bagi mengatasi pencemaran dan peranan yang perlu dilakukan oleh setiap individu diterangkan dalam taklimat tersebut. Selain itu, penerangan berkenaan kajian kualiti air menggunakan monitoring kit juga diberikan oleh Cik Suriati dan En. Shafeez daripada JPS Kedah.
Taklimat Sungai & Peranan JPS oleh wakil JPS Kedah.
Taklimat Kualiti Air oleh wakil JAS
Taklimat oleh wakil A&A Lab, Uitm.
Taklimat penggunaan monitoring kit oleh wakil JPS Kedah.
Selepas taklimat diadakan, 12 kumpulan telah diberikan monitoring kit dan menjalankan kajian kimia di lapangan. Hasil keputusan ujian fizikal dan kimia direkod di dalam borang yang disediakan.
Pelajar merekod data fizikal dan kimia
Setelah selesai, pelajar diminta untuk membentangkan hasil keputusan daripada kajian lapangan yang telah direkodkan.
Pembentangan hasilan kumpulan
Johan Pertandingan Mewarna |
Naib Johan |
Tempat Ketiga |
Ucapan penutup oleh Penolong Pengarah Kanan, JPS Kedah |
Selepas itu, para pelajar bergotong - royong membersihkan kawasan sekitar. Para pelajar kemudiannya beramai - ramai menuang EM (Effective Microorganism) ke dalam Sungai Raja. Rata - rata pelajar dan juga guru berpuas hati dengan program yang diadakan kerana dapat memberikan pendedahan dan informasi tentang kepentingan sungai dalam kehidupan seharian mereka.