27 Oktober 2010

Program River Ranger JPS Kedah (2010)

PROGRAM RIVER RANGER JPS NEGERI KEDAH TAHUN 2010

BIL

LOKASI

AKTIVITI

TARIKH

PENGLIBATAN

1.

Pasar Tani FAMA, Sungai Petani

Soal selidik warga Sungai Petani terhadap kesedaran 1N1S

07.02.2010

150 orang

2.

Kolam Takungan Taman Ria Sungai Petani

Program Pemulihan Kualiti Air Kolam Takungan Taman Ria bersama MRSM Merbok dan Sek. Ren. Tmn. Ria

10.02.2010

200 pelajar

20 guru

20 fasilitator

3.

SM Teloi Kanan

Program bersama SM Teloi Kanan

24.02.2010

300 pelajar

10 guru

10 fasilitator

4.

Ibu bekalan Sg Karangan, Kulim

Program Bersama Rukun Tetangga Daerah Kulim

04.03.2010 – 06.03.2010

120 pelajar

50 penduduk setempat

5.

Tree Top Walk, Sungai Sedim

Program River Ranger bersama Kolej Perubatan AIMST

10.04.2010

100 pelajar

20 pensyarah

8 fasilitator

6.

Kem Kenari, Yan

Program River Ranger bersama sekolah – sekolah rendah Negeri Kedah

15.04.2010 – 17.04.2010

100 pelajar

20 guru

10 fasilitator

7.

Kem Kenari, Yan

Program River Ranger bersama Sekolah Men Agama Negeri Kedah

22.04.2010 –

24.10.2010

100 pelajar

20 guru

10 fasilitator

8.

Kawasan Rekreasi Air Panas, Ulu Legong

Program River Ranger bersama Sekolah Men. Simpang Kuala

20.05.2010 – 26.05.2010

80 pelajar

5 guru

8 fasilitator

9.

Kg. Acheh, Yan

Program Kajian Kualiti Air bersama ahli mesyuarat 1N1S

04.05.2010

40 peserta

8 fasilitator

10.

Putri Ayu, Yan

Program ISO 14001 dan Kajian Kualiti Air bersama kakitangan JPS Kedah

25.05.2010

50 peserta

10 fasilitator

11.

Putri Ayu, Yan

Program bersama Sekolah Rendah Bukit Meriam

07.06.2010

90 peserta

10 fasilitator

12.

Bendang Man, Sik

Program River Ranger anjuran bersama PETRONAS Fertiliser, Gurun

03.07.2010 – 05.07.2010

100 peserta

5 fasilitator

13.

Putri Ayu, Yan

Program River Ranger bersama Institut Perguruan Sungai Petani, Kedah

29.07.2010 –

31.07.2010

120 peserta

12 fasilitator

14.

River Care Centre, Sungai Petani

Program River Ranger bersama Yayasan Sultanah Bahiyah

05.08.2010 –

07.08.2010

80 peserta

8 fasilitator

15.

Sungai Ulu Legong

Program bersama Persatuan Alam Sekitar Sekolah Agama Kedah

07.10.2010 –

09.10.2010

50 peserta

3 fasilitator

16.

Sg. Raja/ SJK(C) Keat Hwa

Program bersama pelajar SJK (C) Keat Hwa, Alor Setar

12.10.2010

80 peserta

8 fasilitator

17.

SMK St Michael/Sg. Raja

Program bersama pelajar SMK St. Michael, Alor Setar

16.10.2010

50 peserta

6 fasilitator

18.

Rumah Pam Sg. Raja

Program bersama pelajar SMK Agama, Kedah (lepasan PMR)

20.10.2010

124 pelajar

8 guru

10 fasilitator

19.

Kem Kenari/Sg Titi Hayun

Program bersama Komuniti India/AIMST

22.10.2010

 

20.

River Care Centre, Sg Petani

Program dan pemantauan WQI Sungai Petani bersama SMK Sg. Layar, Sg. Petani

28.10.2010

 

21.

Sg. Galing

Program Jamboree River Ranger

29.10.2010 –

31.10.2010

 

Program Kesedaran Alam Sekitar dan Kajian Kualiti Air bersama Komuniti & Pelajar AIMST di Kem Kenari, Yan

Program Kesedaran Alam Sekitar dan Kajian Kualiti Air telah dijalankan pada 22 Oktober 2010 iaitu pada hari Jumaat. Program kali ini bertempat di Kem Kenari, Yan dan melibatkan seramai 31 orang pelajar AIMST bersama 2 orang guru pengiring.

En Sharipudin dari JAS Kedah sedang menyampaikan taklimat

En Shafeez, wakil dari JPS Kedah sedang menyampaikan taklimat
Para peserta sedang mendengar taklimat
Program dimulakan dengan pendaftaran para peserta pada jam 8.30 pagi dimana para peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan pelajar akan dibantu oleh seorang fasilitator. Program diteruskan dengan penyampaian taklimat oleh JAS dan JPS Kedah. Pelajar kemudiannya dibawa ke sungai untuk kajian lapangan kualiti air secara kimia dan petunjuk biologi.
 
Para peserta sedang menjalani aktiviti lapangan di sungai
Aktiviti lapangan : kajian kualiti air secara kimia
Selepas kajian lapangan berlangsung, para peserta diminta untuk berkumpul semula didalam dewan untuk aktiviti berkumpulan. Dalam aktiviti berkumpulan, para peserta diminta untuk melakukan perbincangan bagi menyelesaikan masalah yang telah diberi serta mengkaji hasil kajian kualiti air yang telah diperolehi. Setelah itu, setiap kumpulan diminta untuk membentangkan hasil perbincangan dan kajian kualiti air.  


Aktiviti berkumpulan : perbincangan dan perbentangan hasil kajian

Penyampaian cenderamata dari AIMST kepada JPS Kedah

Penyampaian cederamata daripada JPS kepada AIMST

Satu majlis penutup dan penyampaian cenderamata diantara JPS, JAS dan AIMST berlangsung menandakan tamatnya program pada hari tersebut. Para peserta bersurai pada jam 12.30 tgh hari.
Program Kesedaran Dan Pemantauan Kualiti Air Sungai Raja Bersama Sekolah Menengah Agama Kedah, Alor Star.

Alor Star, 20 Oktober 2010 - Satu program kesedaran terhadap pengurusan sumber dan kualiti air di Sungai Raja telah dijalankan pada hari  rabu. Seramai 124 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Kedah bersama 8 guru pengiring telah menyertai program ini.

Pendaftaran para peserta dimulakan seawal jam 8.00 pagi di Sekolah Menengah Agama Kedah dimana setiap pelajar perlu mengisi borang pendaftaran. Setalah taklimat ringkas diberikan, acara pertandingan mewarna diteruskan dimana para pelajar diperuntukkan selama 1 jam bagi menyiapkan lukisan yang telah diberikan.


Sesi Pendaftaran
 




Pertandingan Mewarna


Pelajar kemudian dibawa menaiki bas ke Rumah Pam Sungai Raja untuk sesi ceramah dan kajian kualiti air menggunakan Monitoring Kit.




Rumah Pam Sungai Raja

Pelajar Berkumpul Mengikut Kumpulan

Beberapa taklimat disampaikan oleh Unit Hidrologi JPS Kedah, Unit Pembangunan JPS Kedah, Jabatan Alam Sekitar dan A&A Lab. Pendedahan tentang kepentingan sungai, kesan kualiti air akibat pencemaran, langkah - langkah yang sedang diambil bagi mengatasi pencemaran dan peranan yang perlu dilakukan oleh setiap individu diterangkan dalam taklimat tersebut. Selain itu, penerangan berkenaan kajian kualiti air menggunakan monitoring kit juga diberikan oleh Cik Suriati dan En. Shafeez daripada JPS Kedah.


 


Taklimat Sungai & Peranan JPS oleh wakil JPS Kedah.










Taklimat Kualiti Air oleh wakil JAS









Taklimat oleh wakil A&A Lab, Uitm.









Taklimat penggunaan monitoring kit oleh wakil JPS Kedah.






Selepas taklimat diadakan, 12 kumpulan telah diberikan monitoring kit dan menjalankan kajian kimia di lapangan. Hasil keputusan ujian fizikal dan kimia direkod di dalam borang yang disediakan.

Pelajar merekod data fizikal dan kimia

Setelah selesai, pelajar diminta untuk membentangkan hasil keputusan daripada kajian lapangan yang telah direkodkan.

 
Pembentangan hasilan kumpulan

Johan Pertandingan Mewarna

Naib Johan

Tempat Ketiga

Ucapan penutup oleh Penolong Pengarah Kanan, JPS Kedah
Selepas itu, para pelajar bergotong - royong membersihkan kawasan sekitar. Para pelajar kemudiannya beramai - ramai menuang EM (Effective Microorganism) ke dalam Sungai Raja. Rata - rata pelajar dan juga guru berpuas hati dengan program yang diadakan kerana dapat memberikan pendedahan dan informasi tentang kepentingan sungai dalam kehidupan seharian mereka.




26 Oktober 2010

Program Kesedaran Pengurusan Sumber Air Bersepadu - Pemantauan Kualiti Air Sungai Raja bersama SMK St Michael, Alor Setar

Para pegawai, guru dan peserta yang terlibat dalam menjayakan program kali ini.
Pada 16 Oktober 2010, satu lagi program kesedaran Pengurusan Sumber Air Bersepadu bagi Sungai Raja telah diadakan. Program kali ini melibatkan 47 orang peserta bersama 8 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael, Alor Setar.

Sesi pendaftaran bermula pada jam 8 pagi dan para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan yang setiap satunya di bantu oleh seorang fasilitator dari JPS Kedah.


Pertandingan mewarna sedang berjalan.
Sedikit taklimat ringkas tentang program disampaikan sebelum pertandingan mewarna dimulakan. Hanya 1 jam diperuntukkan bagi pertandingan ini dan para peserta kemudiannya dibawa berkumpul di dalam Bilik Media SMKSM untuk taklimat dari jabatan.

Para peserta sedang mendengar taklimat
Taklimat oleh pegawai JPS Kedah, En Zulkarnain

Taklimat oleh pegawai JAS Kedah, En Sharipudin
Selepas minum pagi, para peserta sekali lagi berkumpul di dalam Bilik Media untuk mendengar dua lagi taklimat iaitu taklimat dari A&A Lab, UiTM berkenaan kualiti air dan seterusnya taklimat kajian kualiti air oleh JPS. Para peserta kemudiannya dibawa ke Alor Derga untuk menjalankan kajian lapangan. 

Taklimat kajian kualiti air oleh A&A Lab, Cik Norhayati
Taklimat kajian kualiti air oleh wakil JPS, En Nasyarul
Aktiviti di lapangan dimulakan dengan penerangan teknik persampelan oleh Unit Hidrologi JPS Kedah. Para peserta kemudiannya diberi peluang untuk melakukan sendiri persampelan secara berkumpulan. Aktiviti diteruskan dengan penerangan tentang teknik mengambil bacaan kualiti air sungai oleh wakil JAS Kedah.



Aktiviti persampelan oleh Unit Hidrologi JPS Kedah

 

Aktiviti lapangan : Kajian kualiti air secara kimia dan petunjuk biologi
Kajian kualiti air secara kimia dan petunjuk biologi dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 'Water Monitoring Kit' dan beberapa sampel makro-invertebrata bagi tujuan tersebut. Para peserta kemudiannya berkumpul di sepanjang sungai untuk acara kemuncak aktiviti lapangan iaitu menuang larutan EM secara beramai-ramai sebagai tanda kesepakatan para peserta serta pihak jabatan dalam membantu memulihkan kualiti air sungai. 

Acara menuang larutan EM ke dalam sungai
Setelah aktiviti lapangan selesai, para peserta berkumpul semula di Bilik Media bagi melakukan perbincangan bagi hasil kajian yang telah dijalankan. Setiap wakil dari kumpulan kemudiannya diminta untuk mempersembahkan hasil kajian. 

Perbentangan hasil kajian oleh para peserta
Pengetua SMK St Michael menyampaikan sepatah dua kata



Sebahagian dari pemenang pertandingan mewarna


 

Penyampaian cenderamata oleh pihak sekolah kepada JPS, JAS dan A&A UiTM

Penyampaian cenderamata daripada JPS Kedah kepada pihak sekolah

Program diakhiri dengan satu majlis penutup yang turut disertai oleh Pengetua SMK St Michael. Penyampaian hadiah bagi pertandingan mewarna disampaikan dalam majlis tersebut. Pihak sekolah juga merakamkan penghargaan kepada JPS, JAS serta A&A Lab dengan sedikit penyampaian cenderamata. Program tamat pada pukul 1 tengah hari.