23 Jun 2013

River ranger SMK St Michael


Kajian kualiti air telah dijalankan di Sungai Lubuk Kasai berdekatan Kem Kenari Yan. Kajian secara fizikal mendapati kawasan sekitar sungai tersebut masih terpelihara, manakala keputusan kajian secara kimia mendapati suhu air 22darjah celcius, kekeruhan 100 JTU, DO 4 ppm, pH 7(neutral). Kajian secara kaedah biologi pula mendapati kualiti air sungai ini Kelas I tetapi spesies yang dijumpai adalah kurang dan sangat kecil mungkin disebabkan keadaan hujan lebat pada waktu malam telah menghayutkan beberapa spesies ke tempat lain.