15 Disember 2013

Kem 'Train of trainers' di Pulau Payar

Kem ini telah diadakan pada 8 hingga 10 Disember 2013 bertempat di Pulau Payar. Peserta adalah terdiri daripada fasilitator program kesedaran alam sekitar daripada Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perhutanan, JAbatan Perhilitan, Jabatan Mineral dan Geosains, Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Sumber Air Negeri dan tenaga pengajar adalah dari Kementerian Pendidikan Kedah. 

Aktiviti BBQ

Permainan berkumpulan

Aktiviti permainan mengangkat timba berisi air menggunakan kaki


Pemandangan Pulau Payar dari Jeti

Add caption


Menikmati keindahan pulau di waktu pagi



23 Jun 2013

River ranger SMK St Michael


Kajian kualiti air telah dijalankan di Sungai Lubuk Kasai berdekatan Kem Kenari Yan. Kajian secara fizikal mendapati kawasan sekitar sungai tersebut masih terpelihara, manakala keputusan kajian secara kimia mendapati suhu air 22darjah celcius, kekeruhan 100 JTU, DO 4 ppm, pH 7(neutral). Kajian secara kaedah biologi pula mendapati kualiti air sungai ini Kelas I tetapi spesies yang dijumpai adalah kurang dan sangat kecil mungkin disebabkan keadaan hujan lebat pada waktu malam telah menghayutkan beberapa spesies ke tempat lain. 
 






06 Mei 2013

Kem Biomarin dan Biodiversiti Sungai Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia

Program ini merupakan anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia dan SMK Sains Syed Putra Perlis sebagai tuan rumah dan JAS Perlis, Jabatan Taman Laut dan JPS Kedah dilantik sebagai fasilitator. Aktiviti bersama JPS adalah kajian kualiti air Sungai Batu Pahat di Lembah Bujang Merbok pada 30 April 2013.


25 April 2013

PROGRAM BERSAMA KELAB PECINTA ALAM SMK AGAMA KEDAH

  Kajian ini dijalankan di Sungai Alor Bakong pada 22 April 2013.Memandangkan pada hari tersebut hujan lebat, maka fasilitator mencedok air sungai dan kajian dijalankan dalam taska berdekatan. Walaupun keputusan kajian kurang tepat tetapi untuk pembelajaran luar kelas, pelaja-pelajar dapat mempelajari bagaimana kajian secara kaedah kimia dijalankan.