|
Peserta sedang membuat pendaftaran |
Program Rakan Alam Sekitar Gotong-royong 1 Malaysia telah diadakan di
Kawasan Rekreasi Sungai Bukit Hantu Langkawi denagn dihadiri seramai 80
orang terdiri daripada pelbagai agensi di Daerah Langkawi. Program ini
telah diadakan pada 13 Disember 2012 bermula pada 8.00 pagi dan
dirasmikan oleh Pengarah JPS Negeri Kedah, Tn. Hj. Mohd. Abu Bakar bin
Othman.
|
Peserta bergambar sebelum memulakan program gotong-royong |
Aturcara program
- Pendaftaran
- Ucapan aluan oleh Jurutera Daerah JPS Langkawi
- Ucapan perasmian oleh Pengarah JPS Kedah
- Tanam pokok
- Gotong-royong
|
Tn. Pengarah JPS Kedah menanam pokok teduhan. |
Antara agensi terlibat :
- Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
- Jabatan Alam Sekitar
- Jabatan Perhutanan
- Jabatan Perhilitan
- NGO- Pasukan Jurulatih Alam Sekitar
- Komuniti penduduk di sekitar Sungai Bukit Hantu
- SADA
|
Sampah yang dikumpul akan dibawa ke tapak pelupusan |
- PPSPPA