Program ini disertai seramai 150 pelajar SMK Agama Kedah dan 50
pelajar SMK St Michael serta 20 guru-guru pengiring dan 10 pegawai dari
JPS Daerah Kubang Pasu/Padang Terap. Program bermula pada jam 8.00 pagi 4
November 2012 dan dirasmikan oleh Pengarah JPS Kedah. Peserta
dibahagikan kepada 14 kumpulan dan setiap kumpulan akan menjalankan
aktiviti-aktiviti pada 14 hentian yang disediakan.
Hentian 1 ~ Mencipta slogan
Hentian 2 ~ Melakar model perangkap minyak
Hentian 3 ~ Kajian kualiti air kaedah kimia
Hentian 4 ~ Merekacipta serangga invetebrata menggunakan tanah liat
Hentian 5 ~ In-situ probe
Hentian 6 ~ Kajian kualiti air kaedah biologi
Hentian 7 ~ Berbelanja di Pekan Rabu
Hentian 8 ~ Lakaran Sungai Raja di masa hadapan
Hentian 9 ~ Kajian Fizikal Sungai
Hentian 10 ~ Muzium DiRaja Kedah
Hentian 11 ~ Memancing
Hentian 12 ~ Mengambil gambar berlatarbelakang Sungai Raja
Hentian 13 ~ Jigsaw Puzzle
Hentian 14 ~ Soalan kuiz Pusat Penjagaan Sungai Raja