31 Oktober 2012

River Ranger JPS Daerah Kota Setar/Pendang/Yan

Program ini diadakan pada 30 Oktober 2012 di Kenari Park Yan. Peserta adalah seramai 20 orang terdiri daripada pegawai sokongan II yang bertugas di rumah-rumah pam Daerah Kota Setar, Pendang dan Yan. Program dimulakan dengan aktiviti senaman, taklimat oleh Cik Maimunah (PPK Sungai) dan Puan Rosimah (PKJ Sungai), aktiviti kajian kualiti air dan pembentangan hasilan kajian. Hasil kajian mendapati air Sungai Lubuk Kasai adalah kelas I.




















14 Oktober 2012

Kem Kesedaran Alam Sekitar di Tasik Beris

Kem ini adalah anjuran UPEN dengan kerjasama JAS Kedah, JPS Kedah, Perhilitan dan LSANK . Ia telah diadakan pada 9 hingga 11 Oktober di D'Puncak Beris Resort Tasik Beris Sik Kedah. Peserta adalah terdiri daripada pelajar-pelajar lepasan UPSR tahun 2012 dari seluruh daerah di Negeri Kedah. Kualiti air Tasik Beris adalah kelas II, suhu udara 32 darjah celcius dan suhu air 30 darjah celcius. pH adalah 8 sedikit beralkali mungkin disebabkan pereputan tumbuhan akuatik yang banyak terdapat dalam air. DO 4ppm dan kekeruhan adalah 0 JTU. Para peserta hanya menjalankan kajian kualiti air secara fizikal dan kimia sahaja memandangkan kawasan tasik yang berbahaya kepada para pelajar.



Fasilitator sedang memastikan jaket keselamatan dipakai dengan betul

Para peserta dibawa menaiki pontoon untuk aktiviti ikhtiar hidup.

masak nasi menggunakan buluh.

Pakaian alam sekitar