11 November 2012

Lawatan 1N1S Sungai Petani bersama pegawai JPS N9

Pada 8 November 2012 seramai 12 pegawai dari JPS Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan 1S1R di Sungai Petani. Agenda lawatan :
  • Taklimat oleh Jurutera Kuala Muda
  • Lawatan ke RCC baru
  • Menyusuri Sungai Sg Petani
  • Lawatan ke sangkar ikan
  • Makan tengahari di restoran terapung
  • Lawatan ke RCC sementara






Lawatan ke RCC baru






Memberi makan ikan dalam sangkar







Bergambar di RCC sementara


05 November 2012

Program Jelajah Minda ~ Sungai Raja Explorace

Program ini disertai seramai 150 pelajar SMK Agama Kedah dan 50 pelajar SMK St Michael serta 20 guru-guru pengiring dan 10 pegawai dari JPS Daerah Kubang Pasu/Padang Terap. Program bermula pada jam 8.00 pagi 4 November 2012 dan dirasmikan oleh Pengarah JPS Kedah. Peserta dibahagikan kepada 14 kumpulan dan setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti-aktiviti pada 14 hentian yang disediakan.
Hentian 1 ~ Mencipta slogan
Hentian 2 ~ Melakar model perangkap minyak
Hentian 3 ~ Kajian kualiti air kaedah kimia
Hentian 4 ~ Merekacipta serangga invetebrata menggunakan tanah liat
Hentian 5 ~ In-situ probe
Hentian 6 ~ Kajian kualiti air kaedah biologi
Hentian 7 ~ Berbelanja di Pekan Rabu
Hentian 8 ~ Lakaran Sungai Raja di masa hadapan
Hentian 9 ~ Kajian Fizikal Sungai
Hentian 10 ~ Muzium DiRaja Kedah
Hentian 11 ~ Memancing
Hentian 12 ~ Mengambil gambar berlatarbelakang Sungai Raja
Hentian 13 ~ Jigsaw Puzzle
Hentian 14 ~ Soalan kuiz Pusat Penjagaan Sungai Raja