14 Jun 2012

KEM KOMUNITI RIVER RANGER

Pada 25 - 26 Mei 2012, sempena musim cuti sekolah pertengahan tahun 2012 , suatu program untuk komuniti penduduk telah berjaya dilaksanakan. Program ini melibatkan pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT), sebuah NGO yang aktif menjalankan aktiviti kemasyarakatan di kawasan perumahan tersebut. Komuniti yang dimaksudkan ialah Kawasan Rukun Tetangga Taman Utama yang terletak di Jalan Gangsa, Mergong, Alor Setar Kedah.

Hasil kertas kerja dan permohonan yang dikemukakan oleh KRT Taman Utama, program ini telah berjaya diadakan di Kem Kenari, Yan Kedah. Seramai 45 orang pelajar dan 24 orang ibubapa telah menyertai kem tersebut yang julong kalinya melibatkan pihak NGO seperti Rukun Tetangga.

Program dijalankan selama 2 hari 1 malam ini turut mendapat kerjasama pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah dan Syarikat Invironment Idaman Sdn Bhd yang dihubungi oleh KRT Taman Utama.

Kain rentang program.
Golongan bapa yang hadir


Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan.

Kakitangan JPS Kedah.

Golongan kaum ibu.
Peserta bergambar bersama Pn. Hajah Rosimah.
Prngerusi KRT Taman Utama yang mesra dengan panggilan Pak Ya.